Asal Nama Elektrik | | Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
| |
|
Thank You Seven | | Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh ; Oh, I'm sorry Pemuda ; It's ok, never min. Thank you. Mat salleh ; Thank you too. Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh ; ( hairan ) what for? Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh ; Are you sick? Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh ; ( bingung )
| |
|
Seman Si Mat Rempit | | Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."
Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.
| |
|
Peristiwa di Twin Tower KLCC | | Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.
Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.
Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".
Tammatlah satu kesah.
| |
|
Jelingan Ayah | | Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam
| |
|
Kisah Semasa Dating | | Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.
Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?
Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti!
"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.
Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...
Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG
kuang...kuang. .kuang...
| |
|
Ujian Darah | | Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis. Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing... Aiyoooooooooo...................................
| |
|
Petai Punya Hal | | Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".
"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga".
| |
|
Mengapa PORTUGIS TAK MENAWAN UTARA TANAH MELAYU | | Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini
1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan
Seminggu selepas
Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik) Alfonso: Selamat pagi Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.. Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
scroll sampai bawah.....
lagi....
lagi...
Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!! Kacang | | Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.
Cikgu: Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?
Sham: Kacang aje, cikgu.
Cikgu: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?
Sham: Kacang aje, cikgu.
Cikgu:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?
Sham: Kacang juga,cikgu.
Cikgu:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!
Sham: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.
Cikgu: La...loyar buruk pulak budak ni!
Sham: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar??
Cikgu: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)
| |
|
Motor baru | | Pak Pandir baru sahaja membeli motosikal baru. Dengan rasa bangga Pak Pandir pun bersiar-siar di pekan. Sampai di depan lampu isyarat, Pak Pandir berhenti kerana lampu merah. Apabila lampu hijau, semua kenderaan mula bergerak tetapi Pak Pandir masih tetap tidak berganjak dari tempatnya. Lalu datang seorang polis dan bertanya pada Pak Pandir.
Polis: Kenapa tak jalan lagi? Kan lampu hijau tu?
Pak Pandir: Maaf encik, belum ada warna lampu yang saya suka lagi. Bila sudah keluar warna yang saya suka, saya jalan. (tersenyum)
Polis: Mampus kalau macam ni! (mengetuk dahi)
| |
|
Mana Dia Surat Itu | | Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.
Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”
Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.
| |
|
(Surat Untuk Ayang) | | Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha
| |
|
(Surat Untuk Abang) | | Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Perompak Bas Kilang | Posted by admin on 2007/4/28 23:26:20 (3368 reads) | Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..
Sorang perompak berkata.. " Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"
Sorang pekerja kilang tu membalas.. " ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."
Perompak berfikir seketika.. "Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."
Pekerja kilang yang muda berkata.. " Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."
Tetiba..makcik tu berdiri.. " Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kubur Di Atas Tanah | Posted by mnazman on 2007/4/28 23:25:31 (3271 reads) | Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..“Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai. . “Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. ***
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Unta Minta Upah? | Posted by mnazman on 2007/4/28 23:20:53 (3029 reads) | Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.
“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.
Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.”
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Al-kisah si pencuri merapu | Posted by admin on 2007/4/28 23:20:12 (3453 reads) | Berceritalah si pencuri, nama aku Dr E, aku bukannya ader belajar tinggi-tinggi, kerja kerajaan atau swasta bukan aku bleh jadi, bapak aku pun bukanyer ader harta sana sini, dier cuma bawa teksi, nak minta kerja kuli, takder tauke nak bagi, tauke kata dier tak percaya kat muka aku ni, nak buat camna, dah aku nyer personaliti, muka cam pencuri..
Katannya lagi, aku pun nak jadi ahli komuniti, tapi bila takder punca rezeki, asyik kena caci maki, aku pun nak buat bisnes sendiri, aku mana ada modal, semua kena beli, nak pinjam wang ngan bank atau instituisi, sapa nak bagi, dah muka cam pencuri, cubalah pinjam kat ceti, mak aii bunga dier lagi tinggi, aku tak mau jadi hamba abdi, bayar bunga hari-hari, nanti takder hasil ntah mana pergi, along lintah darat, eiiii geli...
Katannya lagi, sistem kapitalis aku cukup benci, makan riba tak henti-henti, money, money, money, tulah yang semua orang cari, dah yang berkuasa tutup mata sebiji, takpun depa punya share belakang mari, klau tanya puan zeti, mesti kata, eh bagus kita nyer ekonomi, kita kan negara demokrasi, semua tu import dari uncle sam oversea, dier memang kaki buli, mentang2lah dia besar cam gergasi, kini meraka bawa helah globalisasi, tak kira bush,kerry atau hillary, sapa jadi kepala pun kita yang rugi, walau kita pandang ke timur beli mitshubishi, oltromen kat jepun pun naik naza bestari, bijak juga si pencuri ini, kata pengarang dalam hati...
Kata si pencuri lagi, harga barang makin mahal setiap kali, harga minyak 63 dollar setong kini, sapa nama itu menteri, itu mister sami, dah naikan tol ntah berapa kali, aiyoo lepas nih badan sudah jadi macam lidi, dah tak mampu makan mcD atau kfc.... bukanya aku takder perut dan hati, perut lapar hati pun sedih, tulah pasal aku jadi pencuri, bukannya aku culik awek guna serbuk cili, klau ye pun sudah pasti baba's bukan adabi, bukannya aku rompak guna senjata api, bukannya aku hijack bas mini, bukannya aku haruan makan anak sendiri, bukannya aku tipu nak pancing undi, bukannya aku jual pirate punya CD, bukannya aku macam ayah pin ader ramai bini, bukannya aku kencing berdiri, aku cuma mangsa situasi, bukan ku pinta lahir begini, dah takdir ilahi.....
Kata si pencuri lagi, fuyooh dia pandai philosofi, bagilah kucing emas lima lori, dia mesti nak ikan satu kati, bagilah monyet emas lima lori, dia mesti nak pisang satu peti, bagilah aku, semua aku bawa lari, kucing ngan monyet sekali, apa aku peduli, aku ader anak bini, nak bagi makan setiap hari, terpaksalah aku curi, janji perut diorang terisi, kalau nampak polisi, aku pun cabut lari, sampai sungai besi, duk kat situ pura-pura main guli, klau kena tangkap nanti masuk tv, ni dia pncuri twenty-first-century, tapi edisi siasat tak cukup berani, nak bongkar rahsia aku si pencuri, kerana aku ada kuasa ghaib dan misteri, habis sudah aku merapu merapi, hihihihi.....
Eh korang ni bukan puisi, cuma cerita si pencuri, tiada kaitan ngan yang hidup ataupun mati. Sekian terima kasih.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Membeli Bangkai | Posted by mnazman on 2007/4/23 19:57:42 (2859 reads) | Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku memang ingin memilikinya.” . “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.
Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya. “Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab Juha. ***
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kisah Juha Dengan Seorang Penipu | Posted by mnazman on 2007/4/23 19:50:12 (4048 reads) | Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : 'P' Mana? | Posted by admin on 2007/4/23 19:48:39 (2672 reads) | Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Anak yang baik | Posted by admin on 2007/4/11 15:45:57 (2971 reads) | Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....
Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"
Wanita 2: "Apakah dia merokok?"
Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"
Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"
Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"
Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"
Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"
Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"
Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Surat Putus Cinta (versi English) | Posted by admin on 2007/4/11 15:32:35 (3283 reads) | Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-
Hi,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
Timah
Terjemahan ayat Huruf Besar:
CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA PULL MY BODY - TARIK DIRI COOK-COOK - MASAK-MASAK CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN CROCDILE LAND - BUAYA DARAT BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI SAFE WALK - SELAMAT JALAN
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Hang Tuah 7 Bersaudara | Posted by mnazman on 2007/4/11 15:31:20 (2883 reads) | Ali : Yaaaa.... ini ada satu kajian yang cukup menggemparkan... ketahuilah bahawa Hang Tuah itu sebenarnya ada 7 saudara kesemuanya!
Amat : Eh ko ni biau betul, aku yang selaku org Melaka pun x pernah pun tau mende ni? Klentong ah!
Ali : Iyeer, betui, x percaya tanya aku!
Amat : o.k. kalu mcm tu sape lagi 2 orang tu?
Ali : Ko betui2 nak tau ke?
Amat : musti la... aku kan org Melaka, musti mau tahu punya....
Ali : Yang dua orang lagi tu ialah HANG TANYA, HANG BODOH!
Amat : Hamlau! Terkena aku!!!!!!
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lagu: MAWAS Artis: KRA | Posted by admin on 2007/3/31 2:08:09 (2845 reads) | (nyanyi ikut lagu 'AWAS' dendangan KRU)
Tidak pernahkah kau rasa Kesiotan bila Dia selalu dikepalamu Mencari cekenik dan kutu
Cintanya lapan Dan kau bukanlah kelapan Walau engkau yang paling lawa Dia buat tak kisah saja
Pendapatmu dia segak dan berbulu Besarpun dua kali gandamu Benarkah, benarkah kau menyintainya Ataupun kau berpura Semata hanya kau kera
( korus ) huh...parampa Mawas....parampa Mawas....parampa Mawas Celah Kangkangmu..ooo..
Sememangnya benar Kau kera yang jelita Zahirnya engkau tak sempurna Jadi idaman mawas ungka
Dia berkeluarga Bini ada lapan Mestikah kau terus bersama Mestikah kau terus menggoda
Pendapatmu bukan lagi cinta monyet sedangkan memang engkau tu monyet Benarkah mawas menjadi pilihanmu walaupun kau tu kera Bercintalah dengan kera, (ULANG KORUS)
(RAP) Ooo...Cuba ubahlah sikap, harap tidak tersilap, gerak langkahmu bagai kera yang sumbang, sejejak kau lutu semakin pedih kepalaku, cuba cari kutu dengan lembut dan bersantun. Inilah cerita kera dengan cintanya, cara mencapai citanya mawas pun dia goda, katanya bukan salahnya, dia dilamun cinta, ohh...hentikan puramu kerna ku tahu kau tu kera.
MAWAS: Sepesis monyet jugak tapi hensem sikit la dari kera.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lagu: KAU ROTIKU Artis: NAWIE | Posted by admin on 2007/3/31 2:06:29 (2647 reads) | (nyanyi ikut lagu 'KAU RATUKU' dendangan AWIE)
Makanan yang pertama Makanan roti untuk selamanya Aku bagai tak percaya Roti disapu dengan mentega Engkau bagaikan ahhh... permataku Engkau pun jua rotiku
Engkaulah segalanya Boleh dicicah dengan kopi Aku hanya untukmu Kau pun masuk dalam perutku Kita bagaikan tangan dan ketiak Tidakkan terpisah lagi Walaupun terberak Walaupun terkeluar lauk
Ratapan mayonis Memanggilkan namamu Kerana permakanan ini Akanku 'adabi'kan Segala resepi Kulewati 'kaya' itu Didalam suapanku Gugurnya pemanis Di antara kita terbinanya Satu mercu taik Sardin yang setia Meredahi timun meniti jem anggur Hingga keakhirnya Kuabadi cinta diroti ini
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Polis dan Perompak | Posted by admin on 2007/3/31 2:04:44 (2848 reads) | Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.
Polis: Jangan bergerak!!!! Perompak: ok...ok... Polis: Angkat tangan!!!!! Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat?tangan Polis: @#$%&!*(bengang)
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Awal..pertengahan..penghujung | Posted by admin on 2007/3/31 2:03:20 (2693 reads) | Awal Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
Awal Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang mengandung.." Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Abang tolong buat susu anak.." Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.." Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
Awal Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang" Suami : "Awak ni pemalas laaa.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.." Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Can-Ni ball | Posted by admin on 2007/3/31 2:01:56 (2753 reads) | Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)
Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut. Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. Lantas,
"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"
Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!
Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad.
"Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebut
Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.
Dengan nada yg marah,orang itu berkata:
"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"
Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.
"BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.
Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.
Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.Abu begitu ketakutan sekali!
Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:
"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"
Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.
Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.
Abu sudah buntu!Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu..
"JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!
Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,
"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "
|
|
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Bijirin | Posted by admin on 2007/3/31 1:58:54 (2193 reads) | Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.
Si ibu: "Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati".
Dengan wajah pucat Udin menjawab, "Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?".
Si ibu: Bertuah punya anak!!
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Spesifikasi Couple | Posted by admin on 2007/3/17 22:17:36 (3951 reads) | Awek cun + balak hensem Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
Awek cun + balak tak hensem Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
Awek tak cun + balak hensem Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
Awek tak cun + balak tak hensem Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..
Group of girls + 1 guy Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)
Awek cun berpakaian seksi Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
Awek tak cun berpakaian seksi Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Silap Nombor Punya Hal | Posted by admin on 2007/3/14 9:18:03 (3466 reads) | Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat petang. Puan ada? OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong? Suami : Siapa ni? OG : Saya orang gaji kat sini. Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji! OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak? OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa? Suami : Saya suaminya. OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni? Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke? OG : Ya, encik Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta . OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong? Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua. OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik? Suami : Ya. OG : (termenung) Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi. OG : Baik encik... saya lakukan sekarang Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah. OG : Kolam renang yang mana? Suami : Yang di belakang rumah! OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang! Suami : Yeke ni? OG : Iya! Suami : Ni kan nombor 5097600? OG : Bukan, encik. Sini 5907600. Suami : Oh, sori. Salah nombor
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Saintis Katak | Posted by admin on 2007/3/7 10:52:36 (3068 reads) | Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.
Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.
Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Itu Karam Singh Warlia Punya Peribahasa | Posted by admin on 2007/3/5 12:28:16 (4462 reads) | PeribaHasA kaRam sinGh waRLia yg x karam di LauTan!! cheK it ouT!!! :-
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 3. Tiada rotan, pelempang berguna juga 4. Biar lambat asalkan tak cepat 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi 6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula 7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar 8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock 9. Secupak takkan jadi 18 cupak 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia 11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap 13. Alang-alang mandi biar guna sabun 14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras 15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun 16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu 17. Hidup segan mati di tanam 18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa 19. Lembu punya susu cap teko dapat nama 20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis 21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik) 22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa 23. Membujur lalu melintang pukang 24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan 25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut 26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili 27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
|
|
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Pantun Nasihat Membawa Berkat | Posted by admin on 2007/3/5 12:23:27 (4629 reads) | Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung
Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Yang baik bolehlah anda ikuti, Kalau boleh besok mulai.
| |
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Antara Kerja dan Kain... | Posted by admin on 2007/3/5 12:20:44 (3230 reads) | Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja. Pagi, naik kereta pergi kerja. Tengahari, tak payah kerja. Petang, balik kerja. Maghrib, tak ada kerja. Malam, tanya bini bole kerja. Bangun pagi, penat malam tadi kerja. Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain. Pagi sidai kain. Tengahari angkat kain. Petang lipat kain. Maghrib susun kain. Malam BUKA KAIN. Bangun pagi, hilang kain. Tak sudah-sudah dengan kain........
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Asal-usul Nama Singapura versi 2 | Posted by admin on 2007/3/5 12:13:48 (3385 reads) | Dahulu kala, sebelum terciptanya kapal terbang dan Internet, tiga orang nelayan telah singgah di sebuah pulau di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Pada hari ini pulau itu bernama Singapura tetapi pada masa itu pulau itu belum berpenghuni mahupun bernama. Maka tiga orang nelayan itupun berhasrat untuk menamakan pulau berkenaan. Mereka mengambil keputusan bahawa setiap orang menyebut satu suku-kata. Jadi, tiga suku-kata apabila dirangkaikan menjadi satu nama.
Nelayan pertama menyebut: "Do"
Nelayan kedua menyebut: "Re"
Sebelum nelayan ketiga menyebut suku-kata ketiga, tiba-tiba mereka terdengar ngauman yang kuat. Maka lari lintang-pukanglah ketiga-tiga mereka, takut menjadi makan tengahari binatang buas berkenaan. Maka tinggallah pulau berkenaan tidak bernama sehinggalah ada orang memanggilnya "Temasik". Kemudian, mengikut cerita orang, Parameswara menamakannya "Singapura". Adakah ia ada kena mengena dengan binatang buas dalam cerita ini, Allahu-a'lam.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Asal-usul Nama Singapura versi 1 | Posted by admin on 2007/3/5 12:12:13 (2845 reads) | Sebenornya, Singapura mendapat nama dari satu peristiwa yang berlaku di sebuah kampung nelayan di tepi pantai. Kisahnya begini, kapal dagang dari India yang hendak ke Negeri China melalui kawasan kampung nelayan tersebut. Nelayan-nelayan di kampung tepi pantai itu ramai-ramai melambai-lambai tangan kepada kapal dagang tersebut sambil melaungkan "SINGGAH, SINGGAH, SINGGAH" dengan harapan kapal dagang India itu akan berlabuh di kampung mereka dan dapatlah mereka berjual beli.
Anak-anak kapal dagang dari India pula tidak mahu singgah sebab ketika itu Pulau Singapura belum dimajukan lagi, lalu mereka membalas dengan melaungkan pula "PORRAH, PORRAH!"
Gabungan dari dua perkataan itu "SINGGAH" dan 'PORRAH' maka jadilah SINGAPURA! Inilah yang diterangkan oleh Guru Sejarah saya dulu! (Saya gagal dalam SEJARAH SRP)
|
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kapal Terbang Tak Pasang Air-Condition | Posted by admin on 2007/2/28 2:15:12 (3874 reads) | Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer…Everybody can fly.
Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.
Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa? Aku: Kelas…ar… Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker? Aku: Oh…masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..
Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari. Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.
Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang? Aku: oh..ar ya..nape? Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau.. Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit.. Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..
Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.
Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak.. Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..
Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.
Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie.. Aku: Kapal tak on lagi kut…nanti dia buka la aircond..
Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.
Pramugari: Kenapa encik?Ada masalah? Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie…naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..
Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik “oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku..” ...dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang….
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Hawa Tertipu... | Posted by mnazman on 2007/2/24 12:34:26 (3391 reads) | Hawa: Mak, boleh tak jgn suruh saya basuh pinggan??
Mak : Ah, mak dah tahu kamu akan begitu..Sebenarnya awal-awal lagi mak dah mencucinya..
Hawa: Eh, mak!! Hawa bergurau saja.. Hawa sebenarnya rela menolong mak mencuci pinggan..
Mak :Yakah?? Mak pon bergurau saja tadi.. Pinggan kat dapur tue mak belum cuci lagi..
Hawa:????!!! (Alamak, tak boleh nak bermalas-malasan)
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kisah Si Koboi Yang Hampeh | Posted by admin on 2007/2/24 12:28:38 (3303 reads) | Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi. Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :
"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.
MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Resepi Ayam Goreng Rempah Tak Kunjung Tiba | Posted by admin on 2007/2/24 12:26:14 (3707 reads) | Resepi kita hari nie ialah AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA
Bahan-bahan nya ialah: -sudah tentu ayam -minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?) -kicap jalen(hah yg nie mmg ada) -sos jalen -rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus -lagi korang tanya lah kat mak anda..
Ok cara-caranya plak;
Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.
Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.
Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.
Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.
Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.
Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke
MENU INI DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP ROKIAH DAN SUAMINYA. “SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Sabar Ajer La Erkk.. | Posted by mnazman on 2007/2/21 13:04:44 (3460 reads) | Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang? Joe : Untuk mencari makanan, che'gu Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang? Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu... Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Nenek Kesayangan | Posted by mnazman on 2007/2/21 13:02:16 (3208 reads) | Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Lelaki Hamil..!!! | Posted by mnazman on 2007/2/21 12:55:25 (4822 reads) | Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya? Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya). Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak? Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya? Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!! Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya? Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!! Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa) Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa? Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
by, edie
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : 20 cara untuk jadikan roommate anda gila | Posted by admin on 2007/2/21 12:54:35 (4393 reads) | Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
hehe..try lah...
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Don't worry, I got a lot of Bangladeshis in my country | Posted by admin on 2007/2/8 0:35:52 (3382 reads) | Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Otak seorang mat Rempit | Posted by admin on 2007/1/31 16:42:57 (4836 reads) | Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".
Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Dua kualiti dalam bidang perubatan | Posted by admin on 2007/1/31 16:36:45 (3265 reads) | Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Cerita Menyayat Hati | Posted by admin on 2007/1/26 17:40:00 (6835 reads) | " Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.
Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : ANAK DAN BAPA | Posted by admin on 2007/1/25 13:08:40 (4629 reads) | Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu! Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu. Ayah: Apa yang cikgu tanya? Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington. Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : ADA SISA MAKANAN, ENCIK? | Posted by admin on 2007/1/23 11:13:23 (4004 reads) | Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?" Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi. Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'. Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?" "Tidak ada," jawab tuan warung. Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : SIAPA DI LUAR? | Posted by admin on 2007/1/23 11:11:01 (3904 reads) | Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya. "Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!" "Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang. Silalah masuk"
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Surat Mahasiswa Kepada Ayahnya | Posted by admin on 2007/1/20 18:50:00 (4094 reads) | Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda, Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima" Dari Ayahmu.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : TIGA ORANG GILA | Posted by admin on 2007/1/20 18:48:12 (5390 reads) | Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut. Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi. "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana." Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!" Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..." Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : SALAH TULIS NAMA | Posted by admin on 2007/1/20 18:45:06 (5141 reads) | Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur. "Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah. "Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR | Posted by admin on 2007/1/20 18:40:47 (4234 reads) | Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab? Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor? Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor? Doktor: Mmmm...memang sah pon
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Akibat Tunjuk Pandai | Posted by admin on 2007/1/20 18:35:56 (4296 reads) | Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Surat Mahasiswa Kepada Ayahnya | Posted by admin on 2007/1/20 18:50:00 (4094 reads) | Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda, Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima" Dari Ayahmu.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : TIGA ORANG GILA | Posted by admin on 2007/1/20 18:48:12 (5390 reads) | Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut. Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi. "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana." Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!" Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..." Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : SALAH TULIS NAMA | Posted by admin on 2007/1/20 18:45:06 (5141 reads) | Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur. "Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah. "Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR | Posted by admin on 2007/1/20 18:40:47 (4234 reads) | Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab? Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor? Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor? Doktor: Mmmm...memang sah pon
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Akibat Tunjuk Pandai | Posted by admin on 2007/1/20 18:35:56 (4296 reads) | Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Silap Nombor | Posted by admin on 2007/1/17 12:41:40 (4116 reads) | Pada suatu hari, Siti dapat satu sms dari mamat sape tah. Dalam sms tu dia tulis "boleh kenal?"
Siti pun balas "boleh."
Dah lama lepas tu mamat tu bagi sms "dah lama kita main sms, bila nak jumpa?".
Siti pun balas "boleh,tapi kat mane?"
Mamat tu pun balas "dekat depan Summit Subang Jaya. Dan saya pakai baju warna coklat seluar warna hitam."
Siti pun balas "saya pula pakai dress warna biru."
Mamat tu balas"dress tu apa?"
Siti pun balas "apa la awak ni,dress pun tak tau. Dress tu ialah baju yang bersambung dgn kain."
Mamat tu balas "ooo, baru saya tahu."
Mereka pun jumpa.Siti terkezut kerana dapat tahu yang mamat tu ORANG TUA.
Tamat. Tepuk la sikit.
| |
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Masalah Pendengaran | Posted by admin on 2007/1/17 12:40:49 (3902 reads) | Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kisah orang asli | Posted by admin on 2007/1/17 12:34:02 (4095 reads) | Seorang wartawan bertana kepada orang asli, "En. makan keretapi?.".
"Makan!!!" jawab orang asli dengan konfidennya. Tanya wartawan itu lagi, "En. makan kapal?".
"Makaaan!" jawab orang asli itu. Wartawan itu bertanya lagi, "En. makan kapal selam?".
"Kapal Selam?". Tanya orang asli itu inginkan kepastian. "Ya!", jawab wartawan penyibuk itu.
"Ohh.... maaakannnn..., makan" balas orang asli itu kemudiannya.
Wartawan itu kurang berpuas hati. Ia bertanya lagi. Kali ini lebih kuat lagi. "Encik !. En. makan tak helikopter?".
Orang asli yang sedang tekun bekerja itu terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah wartawan itu.
"Ya, helikopter...." tegas wartawan itu. Orang asli itu kelihatan agak meradang. "En. jangan main-main dengan saya...
Helikopter itu besi... mana boleh dimakan...".
"Ohhh... begitu..." wartawan itu mengangguk seakan faham.
Mesej dari cerita ini - orang asli itu sebenarnya hanya biasa melihat dan mengenali helikopter sahaja kerana selalu menghantar bekalan ke tempatnya. Yang lain-lain itu semuanya dia tak pernah lihat. Sebab itu semua dikatanya dia makan. Itulah kata orang, orang asli makan segalanya, kecuali helikopter.
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Orang asli jual petai | Posted by admin on 2007/1/17 12:32:41 (4226 reads) | Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.
Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".
"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.
Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"
..... maaf..... tuan2 agaknya tahu kesudahannya. :P
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Makcik yang nak terkencing dalam bas | Posted by admin on 2007/1/17 12:31:45 (4784 reads) | Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.
Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...
Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'
Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!! baik korang mengaku!!!'
Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni. 'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.
Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.
'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat ni. |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Mana benda yang "FREE" tu? | Posted by admin on 2007/1/17 12:29:20 (4095 reads) | Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang- barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE... Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Kisah 3 kura-kura | Posted by admin on 2007/1/17 12:28:43 (4129 reads) | Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua." Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang." Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "Kalau 3 jam?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "Kalau 1 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "3 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "5 hari?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "1 minggu?" Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III: "2 minggu?" Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah." Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Rumah Kahwin | Posted by admin on 2006/12/24 19:22:57 (4948 reads) | Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg. " Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! " Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. " Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "
MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Mustika Ratu Slimming Tea | Posted by admin on 2006/12/24 19:21:43 (4319 reads) | Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua. Pemuda : "Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti." Bomoh : "Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti." Pemuda : "Bagaimanakah caranya tok bomoh." Bomoh : "Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya." Pemuda : "Bagaimana caranya tok ?" Bomoh : "Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu." Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam. Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut. Bomoh : "Kenapa cepat sangat..?" Pemuda : "Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?" Bomoh : "Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?" Pemuda : "Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh." Bomoh : "Teh apa yang kamu gunakan ?" Pemuda : "Mustika Ratu - Slimming Tea tok..."
| |
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Seks Dalam Tandas! | Posted by admin on 2006/12/24 19:20:32 (11757 reads) | Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ?!!
|
|
|
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Baru Kahwin... | Posted by admin on 2006/12/24 19:20:00 (6875 reads) | kau sangat suka, aku lagilah suka macam dunia kita yg punya dua minggu terperap dalam bilik aje sampai makan pun selalu terlupa
kau sangat suka, aku lagilah suka tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua lain pulak cerita, kau suka aku tak suka, aku suka engkau tak suka sebab petai yg engkau suka aku sangat tak suka mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya mungkin salah aku juga manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka, aku suka engkau tak suka sebab hari-hari aku nak tempe aje sampai kau jemu menggoreng jadinya mulalah komplen aku anak jawa sendawa pun bau tempe aje, tapi salah kau juga kau tak pandai nak masak yang lainnya.
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...
| |
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : MASA BERCINTA | Posted by admin on 2006/12/24 19:18:37 (8963 reads) | engkau suka aku pun suka ke mana pergi pun tak apa yang penting jalan berdua naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa sampai melecet ketiak jadinya semua suka tiada duka
masa engkau suka aku pun suka durian yg engkau suka aku pun suka walaupun sebenarnya tak berapa suka petai yg engkau suka, aku pun telan juga walaupun nak terjegil biji mata kita sama-sama ketawa
masa engkau suka aku pun suka
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|