skblada.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LADA
Chenor, 28100 Maran, Pahang
Tel/Faks : 092987823 , E-mel: [ skbtlada_9045@yahoo.com]
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN GURU BESAR | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | GURU | STAF | PIBG | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PENYELARAS WEB | LAWAK 1 | MOTIVASI | RPH | LAWAK 2 |

SELAMAT TAHUN BARU. SILA ABDIKAN KATA-KATA/PENDAPAT/KOMEN ANDA DI BUKU PELAWAT. KESUDIAN ANDA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

MURID-MURID ADALAH UNTUK DIDIDIK BUKAN DIHERDIK

Selamat Datang

Guru Besar baru

Tn. Hj. Rustam Bin Awang

WARGA SKBL
.

MAKLUMAT TERKINI

Terima kasih kerana sudi melayari laman web kami.
PERTUKARAN GURU BESAR
TAHNIAH untuk mantan Guru Besar SKBL Encik Jamal Noor Abd Nasir Bin Ismail kerana kenaikan pangkat.
SELAMAT DATANG
Guru Besar Baru
TN HJ RUSTAM B AWANG
HARI KELUARGA 2009 -
31 Oktober 2009 di Sempurna Resort, Kuantan.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI - 9 Oktober 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMOGA  TIDAK ADA YANG DEMAM KETUPAT


Selamat Belajar
MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI
.


Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
[Tukar Lokasi]

  GMT   8
  Arah Kiblat   292° 19′ 16″
Waktu Solat
  Imsak     5:35
  Subuh     5:45
  Syuruk     7:07
  Zohor     13:08
  Asar     16:31
  Maghrib     19:04
  Isyak     20:19

 

KEJAYAAN / KECEMERLANGAN...

Dicipta oleh insan biasa, dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa, dibimbing oleh guru biasa, memiliki kecerdasan biasa, yang berusaha secara luar biasa...fikir-fikirkan

        
            
                

 

INFO H1N1 - UTAMAKAN KEBERSIHAN, HARGAI NYAWA ANDA

 
emisikon.jpg

APA PUNCA ANAK DERHAKA

 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... 

 

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

 

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

 

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

 

 

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

 

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

 

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

 

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

 

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

 Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

 

Ada banyak  tips yang diberikan  untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini  jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

  

 APA yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

 

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

 

Tips

1.    Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.    Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.    Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.    Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.    Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

 

6.    Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.    Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.    Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.    Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.  Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

 

11.  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. .

12.  Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13.  Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14.  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

15.  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

 

16.  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17.  Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

18.  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19.  Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20.  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

 

 

21.  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22.   Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.  

 

selamat maju jaya……..semoga anak anda menjadi seorang anak yang soleh……

amin 

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

5 WASIAT DARI ALLAH KEPADA RASULULLAH S.A.W

 "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah  memberikan  lima wasiat, antaranya : janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya  Aku tidak  menjadikan dunia ini untuk engkau.  Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.  Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak  ada  kuasa di tangan mereka. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.  Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya  tahu  mereka itu  adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada  saya, yang akan membuat  saya takut  kepada Allah S.W.T.   Lalu  mereka  berkata,  "Kami  wasiatkan     kepada kamu 7 perkara, iaitu :  Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.  Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.  Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim  janganlah  kamu  harapkan  sangat kelurusan agamanya.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Maklumat di Hujung Jari

RAHSIA KEDATANGAN MALAM LAILATUL QADR 

Pada suatu hari Rasulullah Alaihi Wasallam bercerita kepada para sahabatnya tentang seorang pejuang dari Bani Israil yang bernama Sam’un.

Selama 1000 bulan atau delapan puluh tiga tahun ia tidak pernah meletakan senjata atau beristirahat dari perang Fii Sabillillah. ia hanya berperang dan berperang demi menegakkan agama Allah tanpa mengenal lelah.

Para sahabat ketika mendegar cerita tersebut, mereka merasa kecil hari dan merasa iri dengan amal ibadah dan perjuangan orang tersebut. Mereka ingin melakukan amal ibadah dan perjuangan yang sedemikian rupa, tapi bagaimana mungkin untuk melakukannya sedang umur kehidupan mereka jarang yang mencapai usia lebih dari enam puluh tahun atau tujuh puluh tahun.

Di dalam hadist disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Usia ummatku sekitar enampuluh tahun atau tujuh puluh tahun“. karena itulah mereka bersedih dan kecil hati.

Ketika para sahabat sedang berfikir dan merenungkan tentang hal tersebut, dimana merasa kecil hati karena tidak mungkin berbuat hal yang telah diperbuat oleh Bani Israil yang telah disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka datanglah malaikat Jibril kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membawa wahyu dan kabar gembira kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabatnya.

Berkata malaikat Jibril Alaihis Salaam:” Allah Subhanahu Wa Ta’aala menurungkan kepadamu ya Rasulullah surat Al Qadr, dimana di dalamnya terdapat kabar gembira untukmu dan ummatmu, dimana Allah menurunkan malam Lailatul Qadr, dimana orang yang beramal pada malam Lailatul Qadr mendapatkan pahala lebih baik dan lebih besar dari pada seribu bulan. Maka amal ibadah yang di kerjakan ummatmu pada malam lailatul Qadr lebih baik dari pada seorang ahli ibadah dari kalangan Bani Israil yang beribadah selama delapan puluh tiga tahun“.

Lalu malaikat Jibril membacakan surat Al Qadr yang artinya: ” Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemulian (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apa amalam kemuliaan, malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malikat dan ruh dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar“.

Maka dengan turunnya wahyu tersebut yang penuh dengan kabar gembira, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabatnya merasa senang dan gembira dengan adanya Lailatul Qadr.

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Bukit Lada  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.