Mertua Vs Menantu Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”. Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu” Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”. ---- sumbangan: tori | Harijadi ke 17 Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah? Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan. Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali? Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya. Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak? Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya. Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak? Mama : Tak boleh! Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh... Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please..... Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki! ---- sumbangan: Saiful | Diskaun Hukuman Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya. "Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman. "Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim. "Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman." Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri. "Kenapa anda pula yang keberatan?" "Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim." "??@#$!!&##!!" ---- sumbangan: Salim | Katak dan Kodok Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak. Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat. Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali. Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat. Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat. Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak. ---- sumbangan: Salim | Suami Yang Adil Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri. ---- sumbangan: Samad | Khasiat telur separuh masak Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya. Ha........Lu Pikir ah sendiri........! ---- Sumbangan: En.FaD | Nasib Badak Si Badak Sumbu Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu. Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe. Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........ Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2" Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh.. "Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY" Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah" | muzium tengkorak Satu hari tu si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak,masa kat luar dia tengoklah ade satu tengkorak besar,"mungkin orang dewasa puya tegkorak ni",Tanggang berkata dalam hatinya, dia pun masuk kedalam dan melihat banyak lagi tengkorak kat dalam tu, dia berkata sendiri lagi, "apalah diorang ni tak letak nama pun, ntah tengkorak siapalah agaknya ni".Dia pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu, dia ternampak security yang jaga kat area tu,
Tanggang:"Bang tengkorak yang kecik ni siapa punya" Security: "Ooo yang ini tengkorak raja mongul" tanggang: "Aik..kan yang besar kt luar tu tadi tengkorak raja mongul punya.." security:"Ooo.. itu tengkorak raja mongul masa dia dewasa, yang ini tengkorak masa dia kecil"
Tanggang pun blah sambil berkata dalam hatinya "macammanalah muzium ni ambik pekerja yang macam telo separuh masak ni.." | Malam Pertama, Kedua dan Ketiga...... Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding. Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" | lawak pak pandir CITE 1 Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang..... Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih? Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu. Mak Andih:???
CITE 2 1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir
CITE 3 alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.." | lawak hehehe.......... Hukuman untuk guru Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya. "Baik, baik," kata Hakim. "Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
100% "Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
Hari Yang Buruk Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
Hutang Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras. Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?." Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?" Anak : "2 kilo pakcik" Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.." Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."
Dua orang kaya dan pemandunya Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya. Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul" Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!" Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke | jangan gelak.. "JANGAN GELAK 1:Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak...Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkannamamu!"Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati sisuami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku." Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah....
"JANGAN GELAK 2:Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapaberat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkanwang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..jangan ramai- ramai!
"JANGAN GELAK 3:JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah keretatiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dankaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya."Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting keseberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!
"JANGAN GELAK 4:Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?" | lawak har... har.... har... A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ? -Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...
B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??? -Misai
C) Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal? -Batang Keladi
D) Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak??? -bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )
E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer. Tambang bas ke tempat dia napegi tu 60 sen. Camne dia nak pegi tempat tu? -Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen
F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu? -Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..
G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ? -Penguin
H) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap? -Katakanlahhhhhh.....
I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak le isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan LOMBONGBIJIH TIMAH..lps tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, kenapa ? -Sebab die dapat anak pompuan..huar..huar..huar..
J) Knape penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender? -Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler...
K) 4 Soalan dgn satu jawapan : (1)knape pencuri kena tangkap (2)knape ubi jadi kayu (3)knape gigi sakit (4)knape org pompuan mengandung -Sbb lambat cabut
L) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akanberkurangan? -Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe
M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...? -Lingkaran nyamuk Shieldtox
N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? -Bahrain
O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de? -Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800.10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..hehehe..
P) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa? -Si Katun ler....hehehhe | cara jawab tepon..time2 busy giler...hehehehe.... Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah (ye ke?...) dan kebanyakannye sama.. terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator)
1.soalan: haloo.may i speak to ain please? jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2.soalan: haloo, siapa disana? jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak? jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323? jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5.soalan: haloo,mak ade rumah? jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6.soalan: haloo ain,buat ape tu? jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ? jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih.
8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye. jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9.soalan: halloo... ... jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?
10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya... jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.
11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412? jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.
12.soalan: assalammualaikum... jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib)
hehehehe.... | Chot yang bendul Gambar Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk keJabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas,bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambilkeputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yangbaru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepasgambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk danmencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawahtempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, Kak... Boleh tolong angkat sikitkain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...
Kemik Chot baru habis main bolasepak dan berjalanmenuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik disebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya,Chot membawa kereta itu ke wokshop. Mekanik di wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke bendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu,sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemikitu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chotmeniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, Apa hang buat tu? Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di wokshop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanyaakan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawaberdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hangkena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!
Buku Telepon Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awamdan meluru ke meja pendaftaran. Saya nak buat aduan! Saya nak komplen! jerkah Chot. Ada apa, encik? tanya pustakawan bertugas. Saya adapinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!kata Chot. Apa masalahnya? tanya pustakawan itu lagi. Banyak sangat watakdalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tukisahkan. Tak ada jalan cerita langsung! Pustakawan tersebut berkata, Ahh... jadi, encikni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekatseminggu tu!
Masa Chot: Chet, skrang dah pukui brapa? Chet: 3:15 petang. Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar,awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih? Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang? Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa katorang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorangpun yang bagi jawapan yang sama... | | RUJUKAN | | | |
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|